Entertainment

Bidan Didakwa Cuai, Bapa Jadi Saksi Kepala Bayi Terputus & Tertinggal Dalam Perut Isteri


Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa berdepan detik trauma dalam hidupnya apabila dia menjadi saksi kepala anaknya terputus ketika dilahirkan di sebuah pusat kesihatan di Gajah Mada, Indonesia. Lebih mengejutkan lagi apabila kepala bayi itu tertinggal di dalam perut si isteri.

Kepala bayi terputus

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, kejadian kepala anaknya terputus dan tertinggal di dalam perut disaksikan sendiri oleh bapa bayi berkenaan ketika isterinya sedang bersalin. Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, si bapa terkejut apabila melihat darah memancut keluar ketika insiden terbabit berlaku.

Susulan daripada itu, wanita berkenaan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi mengeluarkan kepala bayi yang tertinggal di dalam perutnya.

Keluarga mangsa turut meluahkan rasa kecewa dengan kejadian berkenaan dan mengesyaki bahawa tiga orang bidan di pusat kesihatan itu telah melakukan kecuaian sehingga melibatkan nyawa anaknya.

Kami mengesyaki ia adalah salah laku kerana bayi terbabit berada dalam keadaan songsang, jadi doktor sepatutnya mengendalikan proses bersalin itu dan bukannya bidan.

Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Gajah Mada, Marlina, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa pasukan pakar sedang menyiasat punca sebenar kejadian terbabit.

Saya tak boleh cerita banyak. Pasukan audit dan pasukan pakar dah dikerah bagi menjalankan siasatan.

Sumber : Detik.com, Merdeka.com



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.