Entertainment

Berkawan Dengan Skandal Shuk? Bekas Sahabat Dedah Semua Cerita Ira Kaza


Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mendedahkan sering diganggu oleh Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.

Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira Kaza yang dikatakan tidak putus asa mengganggu suami orang sedangkan sudah mempunyai teman lelaki.

BACA: Puteri Sarah Kesal Ira Kaza Tak Berhenti Mengganggunya

Lebih panas apabila tular perkongsian bekas sahabat Ira Kazar dikenali sebagai Mira Bakri yang pernah berkawan sejak sekolah sehingga usia 19 tahun.

“Takkan lah tiba-tiba Syamsul terhegeh-hegeh kat kau. Siapa kau? Benda takkan jadi kalau kau tak tawar sesuatu.

“Aku bukan tak kenal kau perempuan. Kau kalau bab benda macam ni kau laju je. Yang penting laki tu hot dan kaya. Kau psiko mamat tu, kau acah orang kejar kau pula,” tulisnya.

Kata Mira lagi, sejak dari dulu lagi dia menegur bekas rakannya itu namun tetap tidak berubah. Dalam pada itu, Mira turut bersimpati dengan nasib Puteri Sarah yang sering diganggu serta menerima ugutan daripada Ira.

Bukan itu saja, katanya lagi Ira turut mengganggu Sarah dengan menghubunginya berpuluh kali jam 2 hingga 5 pagi.

“Kalau kau seksi tapi perangai macam sund*l, kau ingat orang nak buat jadi bini ke? Kau dah perangkap dia, lagi mahu sembang kuat. Sebab tu aku cakap kerja! Kerja! Sebab bila kerja, kau tak sibuk nak itu ini. Ada duit sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mira menegaskan bahawa dia tidak mereka cerita mengenai Ira. Bagaimanapun, Mira turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak menyentuh nama keluarga Ira kerana mereka tiada kena-mengena dengan isu tersebut.

Turut menjadi perhatian, Mira juga mendakwa Ira berkawan wanita yang pernah menjadi skandal Shuk Sahar.

Dalam satu entri lain, Mira berkata apa yang didedahkannya itu bukan fitnah tetapi kenyataan. Ujarnya disebabkan Puteri Sarah tidak mahu cerita, biar dia yang ceritakan perkara tersebut.

Terdahulu, Puteri Sarah berpesan kepadaIra Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar itu supaya berhenti mengganggunya serta mendoakan gadis itu dan suaminya diberikan hidayah.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan daripada Ira Kazar sendiri mengenai pendedahan bekas sahabatnya itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.