Entertainment

Berat Badan Susut 20 Kg, Chacha Maembong Nafi Potong Usus


Kini dilihat lebih langsing dan ramping, pelakon Chacha Maembong memaklumkan berat badannya susut 20 kilogram dan berat badannya kini 49 kilogram.

Ditanya adakah dia melakukan pembedahan bariatrik untuk tampil langsing, Chacha menafikan perkara itu sebaliknya dia mengalami simptom ‘long COVID’.

BACA:Chacha Maembong Pernah Sampai Nak Toreh Tangan, Cederakan Diri

“Sampai hati cakap saya buat pembedahan potong usus. Sebenarnya, tidak. Hakikatnya, kira-kira tiga minggu lalu, saya disahkan positif COVID-19.

“Berat badan turun sedikit akibat itu. Pada masa sama, saya amalkan produk kesihatan susut badan yang dikeluarkan kakak. Mungkin itu antara dua sebab mengapa ramai tengok saya yang dahulu agak berisi, mula mengecut,” katanya.

Dalam pada itu, Chacha berkata dia tidak pernah terdesak untuk kurus. Ujarnya lagi, apa yang lebih penting adalah tubuh badan yang sihat.

“Bagi saya, apa lebih utama adalah kita sihat. Bukan semata-mata hendak kurus. Badan saya cepat naik dan turun. Kakak saya, Emma lagi kurus. Sekarang, kami sudah sama saiz dan saya suka ‘curi’ baju dia,” katanya.

Berkongsikan mengenai soal berat badan, Chacha mengakui pernah diejek dan menjadi mangsa ‘body shaming namun dia enggan peduli dengan apa yang diperkatakan orang terhadap dirinya.

“Bukan tidak pernah kena ejek dan dipersenda soal berat badan. Memang selalu sangat dahulu. Ramai kata saya itu dan ini. Tapi saya ambil pendekatan mudah, tidak mahu fikir sangat.

“Bagi saya, kalau mereka hendak ‘body shaming’, sebaiknya, tengoklah diri sendiri dahulu. Sebelum ini, saya tidak nafikan tertekan memikirkan apa orang cakap. Tetapi, lama-lama saya tengok ada orang lain yang lebih teruk kena… Sampai jadi lali,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.