Politics

Beli vivo, tak sangka menang PROTON X70


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Pemenang peraduan vivo HoHoHuat yang dianjurkan vivo Malaysia sempena perayaan Tahun Baru Cina antara Disember hingga Februari lalu, meluahkan rasa gembira selepas berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah kereta PROTON X70.

Chia Yau Suan, 36, ketika ditemui dalam majlis penyerahan kenderaan yang diadakan di Pusat PROTON – PROTON Edar Cose, Subang Jaya, semalam, berkata beliau sama sekali tidak menyangka dengan hanya membeli sebuah telefon pintar dia terpilih untuk memiliki kereta baharu. 

“Saya membeli sebuah telefon pintar vivo Y33s pada hujung tahun lalu untuk dihadiahkan kepada ayah bagi menggantikan telefon pintarnya yang lama. 

“Selepas membuat pembelian, saya dimaklumkan mengenai kempen berkenaan dan terus menyertai peraduan tanpa menaruh sebarang harapan untuk menang.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada vivo Malaysia dan PROTON atas peluang dan hadiah yang hebat ini” katanya.

Image

Ditanya mengenai perancangan untuk keluar bersama keluarga dengan menaiki kereta baharu, Chia berkata dia belum berfikir mengenai perkara itu sebaliknya tidak sabar untuk membawa pulang kenderaan dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga.

Selepas majlis penyerahan kenderaan, Chia dibawa melawat galeri PROTON sebelum memandu uji kenderaan baharunya di sekitar perkarangan Pusat PROTON.

Majlis dihadiri Pengarah Jualan vivo Malaysia, Xiong Liang, Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan PROTON,  Edmund Lim Meng Thong dan Pemangku Timbalan Pengarah Jualan Korporat PROTON, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa.

vivo HoHoHuat adalah kempen yang dianjurkan bersama oleh vivo Malaysia dan PROTON bagi meraikan ‘Huat’ (kemakmuran) sempena Tahun Baru Cina berlangsung dari 18 Disember 2021 hingga 3 Februari 2022 yang lalu. 

Sepanjang tempoh kempen, mereka yang membeli mana-mana telefon pintar vivo bernilai RM800 dan ke atas atau kereta PROTON terpilih (Persona, Iriz, Exora, atau Saga) layak menyertai peraduan putar dan menang serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM202,000.

Berdasarkan rekod, lebih 26,000 rakyat Malaysia menyertai kempen terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.