Politics

Belajar percuma di Universiti Princeton jika keluarga berpendapatan kurang daripada AS$100,000 setahun


WASHINGTON – Kos untuk melanjutkan pengajian di Universiti Princeton di Amerika Syarikat (AS) kini akan ditanggung sekiranya ibu bapa pelajar berpendapatan kurang daripada AS$100,000 (RM449,800) setahun, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Princeton yang merupakan salah sebuah universiti terkemuka di AS itu memaklumkan bahawa keluarga dalam kumpulan pendapatan tersebut tidak lagi perlu membayar sebarang kos untuk memasuki institusi berprestij itu.

Universiti yang terletak di negeri New Jersey itu terkenal dengan kehebatan alumninya termasuk bekas Wanita Pertama, Michelle Obama, Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor, Ratu Noor dari Jordan dan pengasas Amazon, Jeff Bezos.

Sebelum ini, hanya keluarga yang berpendapatan kurang daripada AS$65,000 (RM292,370) layak menerima perlindungan bantuan kewangan penuh.

Lebih 25 peratus daripada penuntut universiti atau 1,500 pelajar kini akan menerima bantuan kewangan yang meliputi kos penuh tuisyen, bilik dan penginapan, demikian menurut siaran berita pada Khamis lalu.

Kos tuisyen untuk satu tahun di universiti itu berjumlah hampir AS$80,000 (RM359,840), jelas laman web Princeton.

Pertambahan bantuan kewangan di universiti itu akan membantu keluarga memperoleh bantuan sehingga AS$150,000 (RM674,700).

“Salah satu nilai di Princeton adalah komitmen kami untuk memastikan pelajar berbakat dari semua latar belakang bukan sahaja mampu memperoleh pendidikan, bahkan berkembang di kampus dan di dunia luar,” kata Presiden universiti, Christopher L. Eisgruber.

Pelajar yang memulakan pengajian di Universiti Princeton pada musim luruh 2023 akan menjadi yang pertama mendapat manfaat daripada skim bantuan kewangan baharu dan dipertingkatkan itu. -AGENSI





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.