Entertainment

Bakar Apa Tu Depan Pagar Rumah Orang?


Hidup berjiran sudah pastinya memerlukan sikap bertolak-ansur antara satu sama lain mereka bagi mengekalkan keharmonian dan mengelakkan daripada berlaku sebarang persengketaan yang tidak diingini.

Namun begitu, sikap sesetengah jiran yang dikatakan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain bukan satu perkara yang baharu.

Artikel Berkaitan: Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Lelaki Tampal Nota ‘Untuk Dijual’.. Terus Dia Alih!

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju…

Nak marah tapi kena sabar…

Seperti video pendek dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Amirah Ng di laman TikTok, dia meluahkan rasa kesal terhadap sikap jirannya yang dipercayai membakar sesuatu di hadapan rumahnya. Menerusi video tersebut jelas kelihatan kesan kebakaran sehingga meninggalkan abu.

Suka hati je bakar depan rumah orang.

Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila baju yang disidai selepas turut berbau asap kerana pembakaran tersebut.

Dah lah lepas Subuh kita dah sidai (baju). Tiba-tiba bau bakar. Apa la bakar depan rumah orang. Bakar lah dekat rumah sendiri. Sabar je lah.

Menerusi satu video yang lain gadis ini sempat berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan individu yang berada di hadapan rumahnya dipercayai membakar ‘sesuatu’ bagi upacara keagamaan.

Saya pun tak pasti. Tapi nampak banyak plastik hitam dalam tu kertas-kertas la.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab dan mereka turut mencadangkan kepada gadis ini supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Video penuh:

@therealmirafaizzzapa la bakar depan rumah orang,bakar la kat rumah sendiri. ? sabar je la.? original sound – ælya
@therealmirafaizzz Reply to @yangterbaikdariku ? Oh No – Kreepa
@therealmirafaizzz Reply to @kakyongkawasan ? Zombie – Extended Mix – Ran-D

Respon netizen

Sumber: Amirah Ng



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.