Entertainment

Baby Shima Teringin Jadi Model Seluar & Baju Dalam 


Sebut saja nama Baby Shima, pasti ramai tahu penyanyi dangdut itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas antaranya tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Baru-baru ini perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila meluahkan keinginnannya untuk mempromosikan baju atau seluar dalam keluaran jenama terkenal dunia iaitu Calvin Klein.

BACA: Netizen Tegur Pakaian Baby Shima Ketat Sangat

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shima berkata ada segelintir selebriti tempatan sudah memperagakan jenama tersebut tetapi dia belum dirisik lagi.

“Hey @calvinklein!! sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni! Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat deorang.

“Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING) nak try juga mana tahu dapat komen-komen hebat macam tu,” tulisnya.

Perkongsian Baby Shima itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan penyanyi itu seolah ‘lapar’ perhatian serta sengaja mengundang kecaman netizen.

Terdahulu, ramai yang mengecam penampilan Baby Shima ketika berada di Indonesia yang terlalu ketat sehingga menampakkan perkara tidak sepatutnya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.