Entertainment

Azhar Sulaiman Mohon Maaf, Tetap Berpegang Aib Perlu Dijaga


Minggu lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya serta mendakwa menjadi mangsa seksual bapanya ketika di usia kecil.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Azhar Sulaiman yang memberikan pendapatnnya mengenai pendedahan Balqis itu, namun dikecam teruk oleh netizen.

BACA: “Aib Keluarga & Kita Perlu Jaga” – Azhar Sulaiman Tegur Puteri Balqis? 

Sedar ramai yang kurang senang dengan kenyataannya itu, Azhar memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terasa hati dengan apa yang diperkatakannya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu tetap tegas dengan pendiriannya bahawa wajib bagi seorang Islam untuk menjaga aibnya sendiri dan orang lain.

Azhar turut berkongsikan, tidak kira apa agama pun adalah satu tindakan bijak jika tidak berkongsikan rahsia keluarga secara terbuka.

Tambahnya lagi, jika ada sesuatu masalah melibatkan maruah diri dan keluarga perlu diselesaikan mengikut saluran yang betul.

Dalam pada itu, Azhar turut memohon maaf kepada Balqis andai pendapatnya itu mengguris hati pelakon namun sebenarnya dia mengambil berat.

“Aqish Uncle Har cares and love you and im sorry i have hurt you feelings. Semoga Segala Urusan Aqish & Family Akan Allah swt permudahkan,” tulisnya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.