Entertainment

Ayda Jebat Dedah Ibu Mentua Tak Bagi Masak, Buat Kerja Rumah


Kebiasaannya kita mendengar pengalaman buruk tinggal bersama mentua, namun lain pula buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang diberikan layanan baik oleh keluarga mentua.

Memetik Harian Metro, Ayda berkongsikan pengalamannya tinggal sebumbung dimana dia sangat suka tinggal bersama mentua apatah lagi dia dan ibu mentuanya mempunyai perangai yang sama.

BACA: Ayda Jebat Nak Timang Anak Kedua Secepat Mungkin

“Tinggal dengan mentua, bagi saya tak ada pro dan kontra. Tak tahu pula orang lain. Tapi saya sangat suka. Mungkin sebab Nabil dia memang dulu kata ‘tolonglah jangan dapat isteri macam ibunya’, sekali dapat saya,” katanya.

Menurut Ayda lagi, dia juga dihalang oleh ibu mentua jika dia mahu melakukan kerja rumah serta mengemas kerana mereka mempunyai pembantu.

“Saya memang sekepala dengan mak dia, perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap, ‘buat apa di dapur ni’. Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu, sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza.

“Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis ‘family person’. Saya suka dan okay saja. Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar kan saya sudah duduk sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia teringin untuk menambah cahaya mata lagi apatah lagi anak sulungnya, Ana Nayla bakal berusia setahun tidak lama lagi.

“Saya bersedia saja bila-bila masa nak tambah anak. Kalau boleh nak sekarang. Bukan apa, saya dah lama tidak ‘shoot’. Dengan Ana Nayla pun dah hampir dua tahun bereha,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.