Entertainment

‘Awak Sudah Menulis Nota Bunuh Diri Untuk Kami’ – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Azhar Sulaiman


Pelakon Azhar Sulaiman dikecam teruk selepas mengeluarkan kenyataan berhubung isu membabitkan aktres Puteri Balqis yang didakwa menjadi mangsa amang seksual bapanya.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Lagi Aku Peduli Pada Ugutan Sekutu Kau’ – Puteri Balqis

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD?

Hadap seorang diri

Pandangan Azhar menarik perhatian Puteri Balqis untuk mempertahankan dirinya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Kata aktres berumur 15 tahun itu, Azhar tidak memahami situasi dirinya yang berdepan pengalaman menjijikan pada usia mentah.

Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini, dan saya seorang. Awak tahu betapa susah waktu itu?

Saya tak nampak apa yang uncle tulis ini sebagai rules. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang.

Nota bunuh diri

Dalam pada itu, Puteri Balqis Azizi turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon senior terbabit atas nasihat diberikan.

Tegas Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014, dia tidak akan sesekali menasihati ahli keluarganya seperti pemikiran Azhar.

Pada Isnin, Puteri Balqis membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan dakwaan bapanya gemar menonton filem lucah, malah pernah melakukan perbuatan onani di hadapannya.

Sebelum ini, media melaporkan, bapa kepada Puteri Balqis membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bapa Puteri Balqis sudah ditahan pada Rabu dan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Instagram @morosechild





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.