Entertainment

Ashraf Muslim Terkejut Isteri-Isteri Buat Kejutan Hari Jadi Tepi Sungai


Baru-baru ini perkongsian pelakon Ashraf Muslim menjadi perhatian apabila meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-41 bersama keluarga.

Menerusi entri itu, Ashraf tidak sangka menerima kejutan daripada dua isterinya Noor Dayana dan Wan Sakinah ketika berkelah di air terjun.

BACA: “Pasal Keluarga Simpan Je Lah, Kadang Kita Lupa Terbuka Aib Sendiri” – Ashraf Muslim

Menurut Ashraf, pada awalnya dia hanya menyangka mereka hanya pergi berkelah dengan anak-anak sempena cuti persekolahan namun ada agenda dirancang dua isterinya itu.

“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orangg bangun nak pergi berkelah.

“Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah. Duk cakap dalam hati apa yang beria sangat sampai macam-macam barang dibawaknya. Sampai ke kat atas setup-setup tempat makan dan terkejut bila mama ibu setupkan suami ini untuk AM,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ashraf turut mengucapkan terima kasih buat isteri-isterinya kerana menjayakan kejutan itu dan mendoakan yang agar dimurahkan rezeki serta diberkati.

“Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday saya ke 41 ni. Dah tua dah. Huhuhu. saya doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” tulisnya.

Turut menjadi perhatian, Ashraf menerima sebiji kek dengan menitipkan doa serta pesanan buat pelakon itu supaya menjaga hati.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.