Politics

Aris Adi bakal bersara sebagai Komander NTF


PETALING JAYA – Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah akan memulakan cuti persaraan pada 19 Mei ini.

Beliau menjawat jawatan berkenaan sejak penubuhan NTF pada Mei 2020 dan telah mencurahkan bakti selama 42 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terdahulu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander NTF di antara Aris Adi dengan Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd. Yunus bertempat di Wisma Pertahanan hari ini.

Sepanjang Aris Adi menerajui NFT, banyak kejayaan telah dicapai khususnya dalam Op Benteng dari segi kawalan sempadan dan penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) semakin berkurangan.

Selain kejayaan memperketatkan kawalan sempadan, NTF juga berjaya menjadi pemudah proses kerja setiap agensi dalam mencapai misi yang diamanahkan.

NTF juga berjaya menyelaras perkongsian maklumat perisikan antara agensi yang terlibat melalui pasukan petugas risikan bersama dan mengkoordinasikan perolehan logistik semua agensi terlibat.

Dengan pengalaman dan keperibadian tinggi yang dimiliki, beliau telah berjaya menyatukan kesemua 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjadi sebuah pasukan yang telah dapat merealisasikan hasrat negara
dengan lancar dan berkesan sehingga ke hari ini.

Kesepaduan ketiga-tiga komponen darat, laut dan udara di bawah NTF juga berjaya melaksanakan Op Benteng secara optimum dengan menggunakan aset sedia ada tanpa mengganggu operasi sedia ada. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.