Politics

Ajaran ‘Wali Tujuh’ dibimbangi jadi ancaman keselamatan


KOTA KINABALU – Ajaran ‘Wali Tujuh’ yang didakwa mengamalkan ilmu batin dan kebal dibimbangi boleh mewujudkan ancaman keselamatan ke atas negeri ini

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, ia suatu perkara yang tidak mustahil berikutan kebiasaannya ajaran bertentangan dengan Islam mudah menjadi ekstrem serta menyeleweng daripada akidah sehingga boleh melakukan sesuatu kekerasan.

“Itu tidak mustahil (ancaman keselamatan) dan sebab itu kita perlu penjelasan kerana tidak mahu ada nilai-nilai yang bertentangan dengan agama

“Kelebihan pegangan mengikuti Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kesederhanaan.

“Apabila mengikut ajaran al-Quran dan sunnah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Maulid dan Tahlil Perdana sempena Hari Kastam Sedunia Ke-40 di Surau Al-Abid, malam tadi.

Turut hadir Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Julaiman Soimin. – K! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.