Entertainment

“Aib Keluarga & Kita Perlu Jaga”


Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya serta mendakwa menjadi mangsa seksual bapanya ketika di usia kecil.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Azhar Sulaiman yang berkongsikan pendapatnya mengenai pendedahan pelakon itu. Difahamkan, Azhar memuat naik satu perkongsian di Instagram namun sudah pun dipadam.

BACA: Puteri Balqis Buat Laporan Polis, Bapa Disiasat Dakwaan Cabul

Menerusi perkongsiannya itu, Azhar mempersoalkan adakah tiada siapa yang memberikan nasihat kepada Puteri Balqis sebelum membuat pendedahan berkenaan.

“Salam semua, Semalam Mami disuruh dengan pasal interview ni . Lepas dengar few minutes Mami asked my friend to stop it.

“Dalam kepala Mami terus terfikir..Nothing good will come out from this interview. Takde sapa-sapa nasihat dia dulu ke sebelum buat ni?” tulisnya.

Soal Azhar lagi, adakah ibu kepada pelakon itu  okay mengenai pendedahan tersebut serta mengatakan ada rahsia yang perlu disimpan apabila bergelar selebriti. 

“Mak dia ok pasal ni? Reporter pun patut ada rasa tanggungjawab bila tanya ni sebab ada implikasi lepas rahsia terbongkar.

“Sometimes ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja kita sebagai selebriti. Aib keluarga dan kita perlu jaga,” tulisnya.

Semalam, media melaporkan Puteri Balqis sudah pun membuat laporan polis pada malam Isnin lalu susulan dakwaannya sebelum ini pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandungnya sendiri.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.