Politics

Ahli politik Sweden rancang jelajah bakar al-Quran semasa Ramadan


STOCKHOLM – Sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam rusuhan selama beberapa hari di Sweden yang tercetus selepas kumpulan pelampau berhaluan kanan bertindak membakar kitab suci al-Quran, kata polis.

Sementara itu, lebih banyak negara Islam membantah tindakan biadab tersebut kelmarin.

Di Sweden, tunjuk perasaan di sebilangan bandar sejak Khamis lalu bertukar ganas, menyebabkan seramai 26 anggota polis dan 14 orang awam cedera, kata polis dalam satu sidang akhbar kelmarin.

“Sekitar 20 kenderaan polis turut dibakar atau rosak akibat dalam rusuhan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Rusuhan itu berpunca daripada tindakan ketua kumpulan anti imigran dan anti-Islam Hard Line, Rasmus Paludan membakar al-Quran.

Dia yang bertujuan meraih sokongan menjelang pilihan raya tempatan pada September ini, telah mengisytiharkan siri ‘jelajah’ Sweden. Paludan merancang untuk melawat bandar-bandar yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam dengan niat membakar al-Quran ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Paludan mahu bertanding pada pilihan raya September ini tetapi masih gagal mendapatkan tanda tangan yang mencukupi untuk membolehkannya menjadi calon.

“Perusuh cuba membunuh anggota polis. Penjenayah pula mengambil kesempatan daripada situasi ini walaupun mereka tiada kena mengena dengan demonstrasi yang berlaku.

“Anggota kami pula terlalu sedikit,” kata ketua polis negara, Anders Thornberg.

Pertempuran dengan polis semasa tunjuk perasan terhadap kumpulan Hard Line tercetus sejak petang Khamis lalu dan bermula di bandar-bandar seperti Linkoping serta Norrkoping.

Rusuhan kemudian merebak ke bandar Malmo di mana Paludan  membakar al-Quran pada Sabtu lepas. Sebuah sekolah turut dibakar semasa malam kedua rusuhan Ahad lepas. – AFP





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.