Entertainment

Ada 23 Adik-Beradik, Wawa Zainal Kongsi Kisah Buat Netizen Sebak


Sebut saja nama Wawa Zainal, bukan saja dikenali ramai sebagai selebriti popular malah kini merupakan seorang usahawan berjaya.

Disebalik kejayaannya kini, Wawa juga sama seperti insan lain yang sebelum ini berdepan jatuh bangun serta perjalan hidupnya yang membuatkan dia berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

BACA: Aeril Zafrel Nak Menangis Wawa Zainal Paksa Potong Rambut

Siapa sangka, disebalik senyuman manisnya itu tersimpan pelbagai kisah yang sukar. Baru-baru ini, tular video dimuat naik seorang pengguna TikTok mengenai Wawa Zainal.

@ril_glamrs

#wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fyp??viral #fypage #fyp? #fyppp #fyp

? original sound – ril_glamrs – ril_glamrs

Menerusi video itu, Wawa sedang berkongsikan mengenai kehidupannya dahulu dimana keluarganya sangat susah dan dia mempunuai 23 orang adik-beradik.

Kongsi Wawa lagi, pernah sekali dia terpaksa berkongsi sebiji telur dengan adik beradiknya. Ujarnya, disebabkan itu juga dia nekad untuk mengubah nasib keluarga.

“Keluarga saya ni sangat susah. Saya ada beradik 23 orang, ramai orang tak tahu. Hidup saya memang sangat susah. Kalau dapat makan lauk ayam tu dah sangat special bagi kita orang. Telur sebiji pun kadang-kadang 2-3 orang kongsi.

“Saya pernah berada di tempat korang terdesak untuk nak ubah hidup, meronta-ronta nak keluar dari kesusahan,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Wawa tidak pernah lupa asal usulnya dan disebabkan itu dia berjaya kerana niatnya mahu membantu keluarga.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.