Politics

5 jam sesat, tiga pendaki ditemui selamat


KOTA TINGGI – Selepas lima jam tersesat di kawasan hutan di Gunung Panti, tiga pendaki berjaya ditemui dalam keadaan selamat malam hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Nasrul Jalil berkata, kesemua pendaki ditemui pada pukul 10 malam tadi.

Katanya, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.53 petang.

Katanya, operasi turut melibatkan seramai 12 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga tujuh anggota dari Jabatan Perhutanan.

Menurutnya, kesemua mangsa dipercayai mula melakukan pendakian pada pukul 7 pagi tanpa kumpulan lain.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang dianggarkan berusia awal 20-an sesat di gunung tersebut.

“PKO bertindak membuat pencarian bersama bantuan agensi lain dengan kaedah mengesan lokasi yang telah diberikan oleh mangsa melalui aplikasi Whatsapp.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat pada lebih kurang pukul 10 malam pada jarak 300 meter dari checkpoint kedua (RAF Point) Gunung Panti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya operasi masih dijalankan bagi membawa kesemua mangsa turun ke checkpoint kedua untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.