Politics

2,428 kes Covid-19, 9 kematian dilaporkan semalam


PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan kepada 2,428 kes semalam dengan dua kes import berbanding 2,067 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,759,335 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 252 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 27,076 kes.

Sejumlah 2,673 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,734,099 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 868 kes diikuti Kuala Lumpur (429), Perak (194), Sabah (169), Sarawak (111), Negeri Sembilan (102), Kedah (101), Pulau Pinang (96) dan Melaka (80).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Johor (72), Pahang (58), Kelantan (56), Putrajaya (42), Terengganu (36), Perlis (11) dan Labuan (tiga),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,262 dan BID 7,708.

Sebanyak 25,650 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,341 kes di hospital, 29 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.